15 July 2015

MAJLIS RESEPSI SYAIFUL ZERO DITANGGUHKAN



Majlis resepsi perkahwinan Mohammad Syaiful Doli Sharif (Syaiful) yang dijadualkan pada Aidilfitri nanti terpaksa ditangguhkan dan dia akan hanya bernikah terlebih dahulu.

Menurut Sharif Kunal Doli Sharif atau Atu, keputusan itu diambil berikutan rumah mereka di Kampung Pantai Bahagia Kudat, Sabah hangus terbakar pada 15 Jun lalu. Biarpun dia sedih dengan nasib malang menimpa keluarga mereka dan penduduk kampung lain, dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan.

"Memandangkan ibu kami tinggal sementara di sini selepas semuanya kembali seperti sedia kala, kami akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke Sabah untuk majlis pernikahan Syaiful di sana.

Klik gambar untuk size besar




"Perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat dijangka. Tindakan yang diambil oleh Syaiful itu juga adalah sebaiknya buat masa ini memandangkan kerja pembaikan hanya boleh dilakukan selepas raya," ujar Atu dipetik sebagai berkata.

Tambah Atu, keputusan membawa ibu dan empat orang adik mereka untuk tinggal bersama di Kota Damansara kerana melihatkan keadaan mereka yang terpaksa tinggal di penempatan sementara yang disediakan.

"Memang ibu agak keberatan untuk tinggal di sini namun dia memahami keputusan yang diambil bersifat sementara saja. Kami turut memahami situasi ibu yang lebih selesa di rumahnya sendiri di Sabah," jelasnya.

Mengenai perkembangan terbaru mereka, Atu berkata, Zero baharu saja selesai menjalani penggambaran filem bertajuk Lu Mafia Gua Gangster yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.

Selain itu, Zero juga sedang merancang untuk menjelajah ke enam zon dengan lebih 20 daerah di Sabah untuk bertemu peminat mereka pada awal tahun depan.

"Insya-Allah jika segala-galanya berjalan lancar awal tahun hadapan kami akan buat persembahan jelajah untuk bertemu peminat di Sabah.

"Selain beramah mesra dengan peminat kami juga akan mengadakan persembahan lawak dan nyanyian," katanya.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: