15 July 2015

ROZANA MISBUN DISAHKAN PATAH TULANG HIDUNG



Bekas pegawai perubatan dari Hospital Ampang memberitahu Mahkamah Majistret Ampang kelmarin bahawa isteri Awie, Rozana Misbun mengalami patah di bahagian tulang hidung dan rusuk kirinya.

Dr Siti Farah Mazalan, berkata Rozana, 37, disahkan mengalami kedua-dua kecederaan itu selepas melalui beberapa pemeriksaan x-ray di hospital itu pada 18 Jun tahun lepas.

"Daripada pemeriksaan x-ray itu, saya dapati bahagian hidung dan tulang rusuk kiri yang kesembilan pesakit (Rozana) mengalami patah," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene.

Klik gambar untuk size besar




Merujuk kepada patah di hidung dan tulang rusuk kiri Rozana, Dr Siti Farah, saksi kelima pendakwaan itu tidak menafikan kecederaan itu boleh berpunca daripada pukulan objek tumpul, hentakan kuat ke tanah, tumbukan tangan ataupun daripada tendangan kaki.

Pada 4 Julai lepas, Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman, 47, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, Dr Siti Farah berkata beliau tidak dapat memberitahu mahkamah secara jelas punca sebenar berlakunya patah di bahagian hidung dan rusuk kiri kesembilan Rozana.

Doktor itu juga tidak dapat memastikan bila berlakunya patah itu dan adakah kecederaan itu terjadi secara sengaja atau tidak sengaja. Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung pada 30 November dan 1 Disember depan.



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...