27 July 2015

"SAYA MASIH BELUM BERSEDIA BERHIJAB PENUH" - FAZURA



Nur Fazura mengakui dirinya belum lagi bersedia untuk bertudung walaupun sering berselendang ketika Ramadan baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Fazura turut menyatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang besar baginya dan bukanlah boleh dibuat main-main lebih-lebih lagi ia melibatkan hubungan dengan Tuhan.

"Saya belum lagi bertudung penuh, sebab saya rasa penghijrahan ini adalah satu yang besar. Kalau saya betul2 nak berhirah tu banyak benda yang saya kena fikirkan. Ianya perlu datang dari hati, bukannya saya tak bersedia sepenuhnya.

Klik gambar untuk size besar




"Kenapa saya beselendang tu ialah hanya semata-mata untuk menghrormati bulan ramadan. Satu lagi memang saya suka berselendang, saya rasa bila saya pakai first day tu,second day saya rasa nak pakai lagi, third day nak pakai lagi, saya rasa… tak tau, the feeling is very nice.

"Kalau nak berhijab penuh tu, kena tunggu dululah. itu antara saya dan Allah. Penghijrahan itu pada saya bukan perkara yang main-main dan perkara diambil ringan. Ia datang dari hati dan ikhlas," ujar Fazura dipetik sebagai berkata.

Semoga usaha Fazura untuk berhijab akan terlaksana satu hari nanti, malah peminatnya di Instagram pun sentiasa memuji selebriti ini jika dia memuatnaik gambar bertudung di laman sosial tersebut.













         ________________________




No comments: