28 July 2015

DAKWAAN PEGANG ANJING - HASNUL NAFI CARI PUBLISITI MURAHAN



"Tidaklah sehingga terpesong agama seperti yang didakwa kerana saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Tohmahan yang dilemparkan juga tidak berasas kerana dilakukan tanpa usul periksa," ujar Hasnul Rahmat mengenai dakwaan bergambar sambil memegang anjing dan memuat naik gambar yang kononnya jesus baru-baru ini.

Bagaimanapun, disebabkan tidak mahu isu tersebut berlarutan hingga disalah anggap, Hasnul, 36, akhirnya memadam entri itu selepas ia menjadi viral di laman sosial.

"Saya tidak terkejut apabila gambar yang dimuat naik di akaun Instagram itu mendapat reaksi negatif oleh banyak pihak. Malah anjing di dalam gambar itu hanya sekadar patung milik rakan di Singapura semata-mata.

Klik gambar umntuk size besar




"Saya hanya dilakukan secara spontan tanpa maksud tertentu atau mahu menimbulkan kontroversi," katanya yang kesal dengan sebuah blog yang memanaskan isu gambar itu.

"Sewajarnya, penulis berkenaan menghubungi saya terlebih dahulu andai inginkan kepastian sebelum membuat sebarang kesimpulan. Ia bagi mengelakkan kekeliruan hingga menimbulkan pelbagai telahan.

"Saya juga tidak mahu orang ramai terus membuat dosa 'kering' dengan menghamburkan cacian di dalam laman sosial Instagram," jelasnya di petik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Hasnul juga menolak dakwaan perbuatannya berkongsi gambar berkenaan adalah disebabkan faktor strategi untuk melariskan filem lakonan terbaharunya berjudul CCTV.



Apatah lagi status dan gambar yang menimbulkan spekulasi itu dikongsi sehari sebelum tayangan media. Filem itu bakal berada di pawagam bermula 30 Julai ini.

"Seperti yang saya katakan, ia dilakukan secara spontan seperti mana saya berkongsi gambar lain. Tidak terfikir pun mengenai filem baru. Lagipun bukan saya yang keluarkan duit untuk filem itu.

"Saya hanya berlakon. Jadi tidak perlu untuk saya merancang strategi bagi meraih perhatian untuk 'menjual' filem itu," tambahnya.


Sumber: BH



         ________________________




No comments: