30 August 2015

4 GAMBAR - TERBABIT KEMALANGAN, KERETA TASHA SHILLA TERBALIK



'Sudah jatuh, ditimpa tangga'.

Demikianlah keadaan yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.

Tasha sebelum ini dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi.

Klik gambar untuk size besar




Menurut seorang sumber, kereta BMW yang dipandu Tasha telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar nahas kemalangan itu, namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik.

Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang cedera parah.









         ________________________




No comments: