30 August 2015

36 GAMBAR - HANYA SEKALI LAFAZ, NUBHAN KINI SAH SUAMI HIDAYAH



Penyanyi Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 29, dan pasangannya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, selamat disatukan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan, sekitar jam 3.45 petang semalam.

Majlis akad nikah disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Seremban 2, Wan Nawang Wan Sulong dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ahmad Tawfek Zulkifly.

Dalam majlis tersebut Nubhan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM20,000.

Klik gambar untuk size besar




Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Majlis nikah tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

Difahamkan, majlis bersanding sebelah pihak perempuan akan diadakan hari ini di Seremban dan pihak lelaki pula akan diadakan pada 31 Oktober di Kuala Pilah.

Untuk rekod, Nubhan dan Hidayah bertunang pada Oktober tahun lalu.







































































         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...