15 August 2015

7 GAMBAR - ABBY ABADI SELAMAT BERGELAR ISTERI KEPADA FAIZAL



Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 38, dengan Muhammad Faizal Zakari yang merupakan seorang wartawan kanan, akhbar lidah rasmi PAS, Harakah.

Mereka dinikahkan oleh Imam Masjid As-Sobirin, Osman Daud dan diwalikan oleh bapanya sendiri Abdul Manan Tadin dengan hanya sekali lafaz sekitar pukul 3.30 semalam.

Untuk makluman, pernikahan ini adalah yang ketiqa bagi Abby dan kedua untuk Faizal yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

Klik gambar untuk size besar




"Saya sudah mengenali suami sejak 2012 dan kami membuat keputusan untuk berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan syukur kepada Allah majlis hari ini (semalam) berjalan lancar," ujar Abby dipetik sebagai berkata.

Di dalam majlis tersebut, Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga serta kenalan rapat pengantin termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.



Pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Tasik Titiwangsa Ahad ini.

Untuk rekod, Abby yang pernah dikaitkan dengan kontroversi hal rumah tangganya sebelum ini, pernah berkahwin dengan Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.











Sumber: BH



         ________________________




No comments: