15 August 2015

MASIH HIDUP - PELAKON KOMEDI PIE DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Sebelum ini ada desas desus yang mengatakan pelakon komedi Shafiee Jaafar atau lebih mesra dipanggil Uncle Pie, 84, meninggal dunia itu adalah tidak benar kerana dia masih hidup, cuma dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB) kelmarin.

Difahamkan, Pie dimasukkan ke HKB jam 2 pagi Khamis, selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau menyebabkan seluruh badan menggigil.

Menurut Pie mengenai perkara ini, dia benar-benar kecewa dan sedih kerana masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tidak mengerti apakah tujuan dan matlamat berita itu disebarkan.

Klik gambar untuk size besar




Katanya, dia masih lagi dirawat dan mendapat pengawasan pihak doktor kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman.

"Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini," ujar Pie dipetik sebagai berkata.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: