09 August 2015

AYAT AERIL ZAFREL UNTUK ISTERI TERCINTA BUAT RAMAI TERSENTUH



Sebelum ini, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pernah mencetuskan kontroversi dengan menyembunyikan perkahwinan mereka daripada pengetahuan peminat dan orang ramai sehingga ada yang mengecam tindakan mereka.

Tapi itu cerita dulu... sekarang pasangan ini masih kuat dalam menjalin hubungan sebagai suami dan isteri serta dikurniakan seorang cahaya mata.

Klik gambar untuk isze besar




Ramai yang tak tahu sebenarnya Aeril Zafrel ini seorang yang sweet dan caring orangnya. Baru-baru ni pelakon kacak itu memuat naik gambar Wawa Zainal serta meletak kapsyen yang amat menyentuh hati.

"Duhai isteriku engkau itu persis anak mataku, melihatlah dan menataplah apa yang ada dalam qolbuku; betapa mata hati sang suamimu ini mahu kau selamat, ingin kau bahagia dan selalu terlindung dari fitnah dunia, fitnah di alam barzakh dan fitnah di padang masyar.

"Dekati aku, ikuti aku bila jalan ini menuju Tuhan. Tapi tinggali aku, jauhi aku – bila aku menjarakkan engkau dengan Tuhan…



"Memuliakan dirimu dan menjadikan dirimu itu berharga tidaklah kerana limpahan kemewahan dan mengunungnya kekayaan tetapi dengan peribadimu yang menawan dengan kesolehanmu

"Saat engkau impikan jodoh yang terbaik buatmu, maka buatlah amalan sehabis baik dengan Tuhanmu,nescaya DIA akan mengirimkan pendamping hidupmu yang terbaik dan abadi -tag dia

"Wahai anakku, andai esok kau dihujani penghargaan. Ingatlah selalu, untuk memilikinya itu sudah ayah ibu pegang keperitannya...," tulis Aeril di laman IG.









         ________________________




No comments: