09 August 2015

13 GAMBAR - ANAK SULUNG DIDIE ALIAS TAMAT ZAMAN BUJANG



Dengan hanya sekali lafaz, anak sulung kepada pelakon dan pelawak Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan, 22, semalam selamat bergelar isteri kepada Mohd Razishahriman Sabari, 29, seorang pereka grafik.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri iaitu aktor Ridzuan Hashim di hadapan jurunikah, Ustaz Muhammad Azwan.

Klik gambar untuk size besar




Di dalam majlis tersebut, Dhaniyah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.

Majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N'Dah Mahligai itu telah dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Didie ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira kerana detik penting majlis perkahwinan puteri sulungnya berjalan dengan sempurna.



"Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia," ujar Didie dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin ini telah diadakan semalam di lokasi yang sama.























Sumber: BH
Foto Kredit: BH & Instagram TeddyFilm.Co



         ________________________




No comments: