08 August 2015

"SAYA TAK TAHU PULA ANAK SAYA SERTAI UJIBAKAT AF2015" - EDDY WINGS



"Saya memang tak tahu apa-apa, Tiba-tiba dia cakap dengan saya, dia dah diterima ke stage 2. Saya pun terpinga-pinga Stage 2 untuk apa, rupa-rupanya oa ada kaitan dengan ujibakat AF," demikianlah kata pemain bass, Eddy Wings yang mengakui pada awalnya dia tidak tahu yang anaknya, Bila telah menyertai ujibakat AF2015.

Ini kerana anaknya, Bila telah melakukan secara diam-diam tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ahli keluarganya yang lain.

Difahamkan, Bila sebenarnya tidak menghadiri ujibakat di lokasi AF yang ditetapkan, sebaliknya dia hanya menghantar video nyanyiannya menerusi Instagram rasmi AF2015.

Klik gambar untuk size besar




"Saya terkejut dan tidak sangka anak saya terpilih. Almaklumlah, saya sedar saiz badan anak saya tu tak sama dengan berbanding 16 peserta lain yang terpilih di dalam program realiti ini. Namun, saya bangga dengan keberaniannya," ujar Eddie dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Eddy turut memberitahu bahawa anak perempuan sulungnya itu sebenarnya seorang yang pemalu, dan amat sukar untuk berpisah dengan keluarga.

Apabila terpilih 16 peserta terbaik AF2015, Eddy tidak meletakkan harapan yang tinggi hanya sekadar mampu berdoa agar anaknya mampu melakukan yang terbaik pada malam Konsert Penentuan Ahad ini jam 9 malam.

"Anak saya ni memang suka menyanyi, saya pernah mengusik dia, kalau dia betul-betul nak jadi penyanyi kenalah kuruskan badan. Bila dia terpilih untuk ke Konsert Penentuan saya banyak nasihatkan dia.

"Saya cakap dalam akademi tu nanti, dia tak akan dapat hubungi ayah dengan mak dan saya beritahu dia bahawa keadaan fizikal dia yang akan menjadi bualan ramai, tapi dia cakap dengan saya, it’s okay ayah, gemuk is ohsem," jelasnya berseloroh.

Selain itu, Eddy memberitahu bahawa dia sebelum ini mempunyai persepsi negatif mengenai Akademi Fantasia dan menyifatkan ia adalah terancang dan penuh dengan drama.

Setelah anaknya terpilih, persepsi tersebut telah berubah dan yakin dengan AF adalah platform terbaik untuk anak-anak muda untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

"Itulah, baru saya faham perasaan ibu bapa yang lain apabila anak mereka terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia dan sejak Bila tiada saya terasa rumah saya mula sunyi sedikit.

"Kalau dia ada riuh dibuatnya, apa-apa pun saya akan terus memberi sokongan kepada Bila, sekiranya terpilih ke Top 12, bonus buat dia dan keluarga saya," katanya.



         ________________________




No comments: