10 August 2015

BOGEL DI KHALAYAK RAMAI - MENTAL MODEL DISAHKAN STABIL



Gara-gara berbogel di khalayak ramai pada 23 April, selepas gagal membayar makanan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling, Kuala Lumpur, bekas model Persana Avril Sollunda, 33, disahkan layak untuk dibicarakan di mahkamah.

"Semasa kejadian berlaku beliau (tertuduh) dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar, bagaimanapun buat masa ini, keadaan mental beliau adalah stabil dan beliau layak dibicarakan," kata Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor yang memutuskan demikian.

Klik gambar untuk size besar




Ia selepas hakim meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan, terhadap Persana Avril ketika membaca laporan kesihatan itu semasa sebutan kes itu.

Untuk makluman, pada 29 Mei mahkamah memerintahkan Persana Avril dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan, untuk pemeriksaan mental.

Imbas kembali - foto dari Instagram


Oleh yang demikian, mahkamah menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu.

Persana Avril didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili Kelvin Tan sementara pendakwaan pula dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.


Sumber: Bernama



         ________________________




No comments: