11 August 2015

INFO SANA SINI - BILA DAFI JADI LELAKI LEMBUT



Bukan mudah untuk membawa watak sebagai lelaki lembut!

Namun begitu, penyanyi Dafi berjaya melakonkan watak sebagai Amy Amiro hingga mencuri tumpuan ramai pada malam pembukaan pementasan Teater Maduku Kalut Returns (MKR) yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Jumaat lalu.

"Pada mulanya, saya bimbang untuk melakonkan watak lelaki lembut kerana takut dengan tanggapan negatif masyarakat. Namun, selepas berfikir masak-masak, akhirnya saya terima kerana ia kali pertama melakonkan watak sedemikian sepanjang lapan tahun terbabit dalam bidang seni tanah air sejak 2007.

Klik gambar untuk size besar




"Pada masa sama, saya juga percaya penonton sudah bijak untuk menilainya kerana ia sekadar lakonan semata-mata," ujar Dafi dipetik sebagai berkata.

Untuk info, sebelum ini bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima itu juga pernah berlakon dalam beberapa pementasan teater seperti Kenangan Mengusik Jiwa, Dreamsgirl dan Di Bawah Lindungan Kaabah.

"Walaupun kurang sihat dan tidak cukup latihan, saya berusaha memberikan yang terbaik mengikut kemampuan pada malam pementasan seterusnya sehingga ia berakhir semalam.



"Saya tidak kisah dibandingkan dengan lakonan Izzue sebagai Selamat kerana percaya setiap pelakon ada kekuatan dan peminat tersendiri. Apa yang penting, penerbit dan pengarah teater ini berpuas hati dengan lakonan saya dan sekali gus penonton turut terhibur," tambahnya.

MKR adalah adaptasi daripada karya Inggeris popular Run For Your Wife yang ditulis Roy Cooney dan dipentaskan kali pertama di West End, London, England pada 1983.



Teater arahan Azhar Zainal terbitan Mask Team ini dipentaskan di Panggung Sari IB selama tiga hari pada 7 hingga 9 Ogos lalu.



Sumber: HM



         ________________________




No comments: