11 August 2015

BERCUTI BERSAMA JEJAKA KACUKAN - NEELOFA TEMUI PENGGANTI HANS ISAAC?



Memang tidak dapat disangkal bahawa setiap aktiviti Neelofa sering menarik perhatian peminat. Malah, kehadiran jejaka di dalam hidup Neelofa seringkali menjadi tanda tanya hingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Dan baru-baru ini, percutian Neelofa ke kota London khabarnya turut disertai oleh seorang jejaka kacak yang digelar Mr. Steak oleh pelakon itu.

Sehubungan itu, ada yang mengandaikan Neelofa dan jejaka kacukan Melayu-Kanada itu sedang mengenali hati budi masing-masing. Malah, ada peminat yang turut memetik nama Malek sebagai nama jejaka itu.

Klik gambar untuk size besar




Bagaimanapun, Neelofa enggan mengiyakan mahu pun menafikan tanggapan peminatnya di laman Instagram itu.

Lebih kelakar, ada juga yang mengandaikan bahawa Mr. Steak mungkin pengganti bagi Hans Isaac yang sebelum ini turut berdarah kacukan India, Filipina, Sepanyol dan Serani.

Apa pun andaian mereka, ayuh kita doakan yang terbaik buat Neelofa agar dapat memilih yang terbaik sebagai teman hidupnya nanti.





         ________________________




No comments: