11 August 2015

SCREEN CAPTURE PERBUALAN TERSEBAR - FIZZ FAIRUZ DIDAKWA MENGATAL



Baru-baru ini, Fizz Fairuz telah didakwa mengatal dengan seorang gadis yang bernama Fara Mendoza melalui satu gambar screen capture perbualan yang tersebar luas di media sosial.

Menerusi kemaskini akaun Instagram @miss_kepoh, terdapat satu entri yang memaparkan screen capture tersebut yang membabitkan dua individu di dalam aplikasi WeChat.

Klik gambar untuk size besar




Perbualan tersebut difahamkan berlaku antara seorang gadis dan seorang lelaki yang didakwa sebagai 'Fizz Fairuz'.

Difahamkan, lelaki tersebut juga menggunakan gambar Fizz Fairuz bersama dengan anak sulungnya.

Menyemak di ruangan komen gambar tersebut pula, ada yang memberi komen mengatakan yang gambar screen capture tersebut telah diletakkan di akaun Instagram milik Fara Mendoza terlebih dahulu sebelum ianya dipadamkan.



Kami sendiri tidak dapat mengenalpasti identiti sebenar lelaki tersebut. Mungkin ada pihak yang cuba menyamar dan merosakkan nama baik Fizz. Mungkin juga screen capture perbualan itu merupakan sekadar hasil suntingan?

Di zaman siber ini, sebarang kemungkinan boleh terjadi. Kami sendiri berharap yang perkara ini tidak benar dan hanya sekadar gosip liar.






         ________________________




No comments: