16 August 2015

DENGAN SEKALI LAFAZ - GJIE 6XTH SENSE KINI SAH SUAMI BELLA



Gitaris kumpulan 6ixth Sense, Gjie atau nama sebenarnya, Mohd Faiz Azizi Arlis semalam telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Farah Nabila Selamat (Bella) dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Dewan Serbaguna Avenue Court Hall, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Mereka dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Selamat Lembek dengan hanya sekali lafaz sambil disaksikan Imam Masjid Al Termizi, Ustaz Zulkfili Mohamad.

Dalam majlis tersebut, Gjie telah menyerahkan wang hantaran berjumlah RM10,000 dan mas kahwin yang mengambil simbolik tarikh semalam bernilai RM158.15 (15.8.2015).

Klik gambar untuk size besar




Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang berbalas lima daripada pengantin perempuan.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan berjalan seadanya. Insya-Allah saya akan pikul tanggung jawab baharu ini sebaik mungkin," ujar Gjie dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, Gjie mengenali isterinya itu sejak empat tahun lalu ketika sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).



Gjie ketika itu menuntut dalam jurusan muzik bagi tahun ketiga manakala Bella pula tahun kedua untuk jurusan penulisan kreatif. Mereka bertunang pada raya ketiga tahun lalu.

"Ikut perancangan saya nak kahwin umur 32 tahun. Tapi seru dan jodoh sampai awal. Kini saya baharu 30 tahun. Saya merancang nak kahwin ketika itu sebab nak beri tempoh membuat persediaan mengumpul aset sebelum bertanggungjawab kepada anak orang. Tak sangka pula saya jadi anggota pertama 6ixth Sense yang kahwin dahulu. Sudah nama pun jodoh," jelasnya.

Pasangan ini akan diraikan sekali lagi di sebuah majlis resepsi di sebuah dewan komuniti di Pantai Hillpark pada 4 Oktober depan.



Sumber: BH



         ________________________




No comments: