16 August 2015

ISU MUAT NAIK GAMBAR PM - ZUAN MELODI MOHON MAAF



Baru-baru ini, wartawan dan juga penolong penerbit rancangan Melodi terbitan TV3, Zuan Azmi atau lebih dikenali sebagai Zuanbikinpanas telah memuat naik gambar karikatur Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak (tetapi dengan badan wanita).

Niatnya yang hanya ingin bergurau itu telah mendapat kritikan di laman sosial. Sehubungan dengan itu, dia telah memohon maaf melalui laman Instagram miliknya.

"Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati & diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia.

Klik gambar untuk size besar




"Dengan ini saya memohon maaf kepada Dato Seri Najib Razak serta keluarga & mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu.

"Untuk makluman, gambar berkenaan bukanlah saya yang edit, cuma saya perolehi dari beberapa whats app group saya setelah menjadi topik perbualan.

"Caption "Amboi posing takmau kalah no" juga bukanlah posting menghina seperti yang didakwa segelintir pihak, namun ianya adalah gurauan & sesuatu yang tidak patut dilakukan keatas pemimpin negara.

"Segala yang dikongsikan di akaun saya adalah pandangan & kata-kata peribadi saya sahaja & tidak mewakili mana-mana pihak & organisasi. Saya juga akan lebih berhati-hati & lebih bertanggungjawab dalam berkongsi apa sahaja di akaun Instagram saya selepas ini.

"Saya amat berharap permohonan maaf secara terbuka ini akan diterima dengan baik oleh semua pihak. Sesungguhnya segala kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Saya juga mendoakan kesejahteraan buat semua yang membaca permohonan maaf terbuka ini. Amin YRA," ujar Zuan di laman IGnya.

Dalam pada itu, Zuan dikatakan telah digantung tugas selepas memuat naik status dan gambar berkenaan di laman IGnya.

Namun sehingga berita ini ditulis tiada pengesahan rasmi daripada Media Prima berhubung laporan itu.

Sumber: Forum Cari



         ________________________




No comments: