03 August 2015

"DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK RUMAHTANGGA SAYA" - HANEZ SURAYA



Jika sebelum ini, terdapat khabar yang mengatakan rumah tangga pelakon Hanez Suraya sedang menghadapi masalah, aktres itu mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang ulasan lanjut berkenaan isu itu.

Namun begitu, menerusi entri di laman Instagram Hanez kelmarin, dia telah memuatnaik gambar terbarunya bersama suami, Romie Razin Adilha Abd Jais, sekaligus menafikan spekulasi yang bertebaran.

"Sebagai manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Janganlah terlalu memandang yang negatif aja. Doakan yang baik-baik kan lebih indah di bulan yang mulia ini. Amin," tulis Hanez di laman IGnya.

Klik gambar untuk size besar




Gambar dan keterangan itu jelas membuktikan rumah tangga mereka masih okey. Apa-apapun, kita doakan terbaik buat Hanez dan suami.

Biasalah tu, dalam setiap perhubungan, pasti ada pasang surutnya. Bak kata orang dulu-dulu, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Untuk rekod, Hanez dan Romie berkahwin pada Mac lalu. Ia adalah perkahwinan kedua bagi Romie dan pertama buat Hanez.





         ________________________




No comments: