03 August 2015

TARIKH NIKAH DAH TETAP - ANZALNA NASIR MAHU RAHSIAKAN DAHULU



Semua sedia maklum mengenai percintaan Anzalna Nasir, 27, dan Hanif Zaki yang dikatakan hampir 5 tahun mereka berdua memadu kasih.

Terkini Anzalna ada berita gembira untuk para peminatnya bahawa dirinya dan Hanif sudah pun menetapkan tarikh perkahwinan.

Walaupun begitu, Anzalna mengambil pendekatan merahsiakan tarikh perkahwinan tersebut dan hanya akan mengumumkannya sebulan sebelum majlis berlangsung.

Klik gambar untuk size besar




"Alhamdulillah, setiap apa yang dirancang sudah menjadi kenyataan. Secara peribadi, saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya akui persiapan ke arah itu sedang dilakukan dan tarikh perkahwinan juga sudah ditetapkan. Cuma ketika ini, biar hanya saya yang tahu.

"Sama ada akan dilangsungkan akhir tahun ini seperti yang dicanangkan umum, belum masanya untuk saya berkongsi. Saya hanya akan umumkan sebulan sebelum tarikh kami menaiki jinjang pelamin. Doakan yang terbaik supaya semua perancangan itu menjadi kenyataan," ujar Anzalna dipetik sebagai berkata.



         ________________________




No comments: