03 August 2015

NEELOFA DIKECAM PEMINAT GARA-GARA MUATNAIK GAMBAR MAKANAN SIPUT BABI



Gara-gara memuat naik sekeping gambar makanan seperti siput babi, Neelofa telah dikecam oleh sesetengah peminat di akaun Instagram miliknya.

Neelofa yang kini berada di kota London telah ditegur berkaitan hukum-hakam di dalam agama Islam mengenai makanan tersebut selain ada yang berhujah lanjut mengenai haiwan tersebut.

Escargot adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi dan menurut Majlis Fatwa Kebangsaan ianya haram untuk dimakan.

Klik gambar untuk size besar




Hukum tersebut telah diterangkan secara jelas di laman sesawang jabatan tersebut.

Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun.

Mungkin kali ini ada betulnya kritikan daripada peminat meskipun teguran mereka itu kadang-kadang kasar serta berbaur sindiran. Neelofa haruslah berhati-hati dalam memilih makanan sebelum ia dijamah.







         ________________________




No comments: