02 August 2015

"SAYA TERKILAN BAPA TAK SEMPAT TIMANG CUCU" - JUE AZIZ



"Saya terkilan sebab belum mengandung lagi dan bapa tidak sempat tengok cucunya," luah Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 32, yang mengesahkan berita kematian bapanya Abdul Aziz Maidin, 67, pada petang kelmarin akibat serangan jantung.

Menurut Jue, dia tidak menyangka perubahan sikap Allahyarham yang pelik terhadap mereka adik-beradik pada Hari Raya baru-baru ini adalah petanda bapanya akan pergi untuk selama-lamanya.

"Abah berkelakuan agak pelik kebelakangan ini sebab dia macam merajuk dengan kami semua. Rupa-rupanya abah hendak pergi (meninggal) patutlah dia jadi sensitif dan merajuk dengan anak-anak.

Klik gambar untuk size besar




"Kali terakhir saya berjumpa arwah pada malam tadi (semalam) di hospital. Dia buka-buka mata saja dia peluk saya. Saya dan adik-beradik sempat minta maaf, namun saya reda sebab doa saya agar abah pergi pada hari dan waktu yang baik ditunaikan Allah," ujar Jue dipetik sebagai berkata.

Allahyarham meninggal dunia pada petang kelmarin di sebuah hospital di Seremban akibat serangan jantung.

Tambah Jue, kematian itu mengejutkan mereka sekeluarga kerana bapanya hanya menghidap kencing manis dan darah tinggi sebelum ini.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan Nilai pada malam kelmarin.











         ________________________




No comments: