02 August 2015

PENYANYI RAP WARIS SELAMAT NIKAH



Penyanyi rap yang popular dengan lagu 'Rembau Most Wanted', Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Akias, 26, telah sah bergelar suami kepada Izzati, 26, dengan hanya sekali lafaz.

Mereka dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Kamaruddin Md Sidek di Surau Al- Wehdah, Taman Lestari Permai pada jam 5.42 petang semalam.

Dalam majlis tersebut, Waris telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 beserta wang hantaran berjumlah RM15,000.

Klik gambar untuk size besar




Pengantin perempuan memberi sembilan dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak lelaki.

Waris ketika ditemui media, melafazkan rasa syukur apabila hari bahagianya itu berlangsung dengan sempurna dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk mahligai yang baru dibinanya itu.

Difahamkan, hari ini pasangan pengantin baru itu akan diraikan dalam satu majlis resepsi di kediaman pihak perempuan.

Tahniah diucapkan!





Sumber: BH



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...