07 August 2015

IMPIAN JADI KENYATAAN - ISTERI PERTAMA ASYRAF MUSLIM KINI SAH HAMIL



Selepas empat tahun menunggu, akhirnya isteri pertama Asyraf Muslim, 34, iaitu Noor Dayana Lokman, 28, disahkan hamil.

Difahamkan, usia kandungan Dayana kini sudah memasuki usia empat bulan.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini," ujar Asyraf dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Teruja dengan kehamilan Dayana, Ashraf bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan kandungan Dayana di awal usia kehamilan.

"Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil," jelasnya.

Ashraf yang bakal menerima kehadiran dua orang anak sekaligus pada tahun ini juga mendedahkan yang dia akan menjaga kedua-dua isterinya itu dengan adil dan saksama.



"Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka," katanya.

Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Dayana, seorang siswazah bidang perubatan pada 30 Ogos 2011 di Mekah.

Selepas itu, Asyraf mencetuskan kontroversi apabila mengahwini Wan Sakinah Ahmad Saburi, 31, sebagai isteri keduanya di Thailand pada 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan Ashraf dengan Wan Sakinah, mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.

Tahniah diucapkan!



         ________________________




No comments: