07 August 2015

INFO - ARTIS HANGATKAN ‘KICKOFF’ BOLA SEPAK GAYA SANTAI DI TV9



Dunia bola sepak di Malaysia bakal berubah bermula bulan Ogos ini. Sebuah rancangan bual bicara yang dinamakan Kaki Bola, memaparkan segalanya daripada perbincangan mengulas sedutan-sedutan menarik dari perlawanan-perlawanan yang terbaru hingga temu bual bersama tetamu jemputan yang turut membincangkan perihal bola sepak akan diperkenalkan kepada penyokong setia TV9.

Rancangan penghidup semangat bola sepak ini bakal keudara setiap hari Jumaat, pada jam 10.30 malam di TV9 bermula Jumaat, 7 Ogos ini.

"Rancangan Kaki Bola ini diwujudkan demi menaikkan martabat sukan bolasepak negara dari sudut yang lebih relaks dan santai. Hal ini kerana, Kaki Bola merupakan sebuah rancangan temu bual santai yang bertemakan bola sepak pertama di Malaysia.

Klik gambar untuk size besar




"Kami mengemukakan idea ini kerana idea rancangan ini unik berbanding rancangan bola sepak lain yang bernada serius sewaktu membincangkan perihal bola sepak. Oleh itu, kami berharap agar rancangan Kaki Bola ini dapat memberikan para penonton satu pengalaman baharu dalam menonton sebuah rancangan bola sepak," ujar Pengurus Besar Kumpulan, TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin.

Rancangan Kaki Bola ini akan mengisi 40 minit masa udara para penonton setiap malam Jumaat dengan pelbagai segmen. Antaranya segmen mengulas perlawanan-perlawanan yang terbaru. Dalam segmen ini, Deen dan Haziq akan paparkan sedutan-sedutan menarik tentang perlawanan terbaru, fakta-fakta menarik tentang perlawanan itu, dan juga membincangkan isu-isu panas yang berbangkit ketika perlawanan itu.



Selain itu, rancangan ini akan memuatkan satu segmen yang menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada personaliti bola sepak atau artis seperti, Shuib, Khir Rahman, Sam Bunkface, Radhi, Sharifah Sakinah.

Selain dari segmen itu, terdapat juga sebuah segmen dimana Shiha Mentor dan Diana Rusdi akan menemu ramah kaum hawa di jalanan secara rawak untuk bertanyakan kepada mereka tentang pendapat mereka mengenai perlawanan terbaru atau apa sahaja mengenai bola sepak. Video rakaman mereka akan dipaparkan di dalam studio untuk pihak lelaki menjawab soalan-soalan Shiha dan Diana.



Menariknya tentang rancangan Kaki Bola ini adalah wujudnya satu segmen permainan mini di pengakhiran rancangan. Permainan yang menutup tirai rancangan ini dinamakan ‘Artis VS Football Star’. Permainan yang mempunyai tema berbeza setiap episod ini memerlukan kedua-dua tetamu jemputan akan berentap antara satu sama lain.

Ikuti perkembangan Bola Sepak negara dengan gaya santai dan menyeronokkan dalam rancangan Kaki Bola, setiap Jumaat bermula 7 Ogos 2015 pada jam 10.30 malam hanya di saluran 119, TV9.











         ________________________




No comments: