20 August 2015

ISTERI SELAMAT BERSALIN - AERIL ZAFREL DIKURNIAKAN 'BABY GIRL'



Isteri kepada Aeril Zafrel, Wawa Zainal telah selamat melahirkan anak perempuan mereka pada malam kelmarin (18.8.2015) sekitar pukul 10.04 malam.

Bayi perempuan seberat 2.84 kilogram itu masih belum diberi nama sehingga kini oleh Wawa dan Aeril.

Klik gambar untuk size besar




Namun begitu, mereka sempat berkongsi rasa gembira tersebut bersama peminat melalui perkongsian gambar di Instagram di mana rata-rata peminat mereka turut berkongsi rasa gembira.

Sebelum ini mereka telah dikurniakan anak sulung lelaki iaitu Ahmad Fakhruddin Attar.

Tahniah kami ucapkan dan semoga kehadiran anak kedua ini akan memurahkan lagi rezeki dan menambahkan sinar kebahagiaan dalam hidup mereka sekeluarga.















         ________________________




No comments: