12 August 2015

ISU WECHAT - FARA MENDOZA PELIK FIZZ FAIRUZ TAK KENAL DIRINYA



Jika sebelum ini, nama pelakon Fizz Fairuz pernah dikaitkan dengan seorang wanita bernama Fara Mendoza melalui paparan mesej sosial WeChat, terkini Fizz menjelaskan bahawa dia tidak mengenali atau pernah bertemu dengan pelakon baharu tersebut.

Pengakuan itu dibuat Fizz ketika media menghubunginya, semalam.

Penjelasan Fizz itu ternyata bercanggah seperti mana dakwa Fara yang mengatakan nama lelaki yang tertera dalam skrin itu adalah perbuatan Fizz Fairuz.

Klik gambar untuk size besar




Malah, menurut laporan sebuah portal, Fara juga menjelaskan bahawa lelaki yang menggodanya di laman sosial itu ialah Fizz sendiri.

Fara juga mendedahkan secara terperinci apa yang dilakukan pelakon yang didakwanya Fizz itu.

Isu berkenaan kini menjadi viral di laman sosial dan hangat diperkatakan.



"Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar.

"Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini.

"Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi. Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan.

"Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami," ujar Fara dipetik sebagai berkata.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: