12 August 2015

TUDUHAN LIWAT - BEKAS BAPA TIRI TIADA NIAT BURUKKAN SUFI



"Siapa saya hendak jatuhkan dia (Sufi AF15)? Saya hanya membela nama baik saya dan keluarga sebaliknya ibu Sufi secara jelas banyak mengeluarkan kenyataan menjatuhkan saya dengan pelbagai kata-kata sinis termasuk cerita tidak benar secara terbuka," demikian kata Muhammad Arif Dollah, 30, iaitu bekas pengurus kepada penyanyi Tegar Septian mengenai kontroversi yang melanda dirinya.

Tambah Muhammad Arif, dia tidak pernah berniat untuk menjatuhkan karier bekas anak tirinya yang juga peserta program Akademi Fantasia 2015 (AF) iaitu Sufi Rashid.

Malah kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook miliknya kelihatan seolah memburukkan penyanyi itu hanya sekadar untuk membersihkan nama baiknya dan keluarga atas tuduhan (liwat) yang dibuat Sufi sebelum ini.

Sufi AF15 - klik untuk gambar besar




"Saya sentiasa berhati-hati dalam setiap kenyataan yang dikeluarkan di Facebook dan paling penting tiada sebarang nama disebut. Siapa makan cili dia akan terasa pedasnya!

"Jadi tidak salah untuk saya membela diri sendiri dan perlu menjelaskan kedudukan yang sebenarnya," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada media semalam.

Untuk info, pada Mac lalu, Sufi yang merupakan peserta AF 2015 dari Singapura pernah membuat pengakuan mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa tirinya sendiri iaitu Muhammad Arif.

Muhammad Arif


Pendedahan serupa juga turut didedahkan oleh penyanyi dari Indonesia, Tegar Septian apabila dia membuat laporan polis di Singapura kononnya menjadi mangsa gangguan seksual Muhammad Arif yang ketika itu menjadi pengurusnya.

Menjawab tuduhan itu, Muhammad Arif pada 20 Mei lalu melalui media mendakwa bekas anak tirinya itu bersekongkol dengan Tegar bagi membuat tuduhan palsu tanpa bukti yang sah.



"Ketika mendapat berita Sufi diterima masuk dalam AF saya dah menjangkakan cerita panas saya dikaitkan semula. Sebenarnya saya sudah lali dengan kontroversi, paling penting saya tidak buat dan tidak perlu rasa takut," tambahnya.



Sumber: Mstar



         ________________________




No comments: