25 August 2015

KES KHALWAT : GAGAL HADIR - PUTRI MARDIANA DIKENAKAN WARAN TANGKAP



Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana atau nama sebenarnya Putri Mardiana Zainal Abdiin, 34.

Hakim Syarie, Mohamad Zaid Abdul Aziz mengeluarkan perintah itu selepas aktres filem Ngangkung itu tidak hadir pada perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu tanpa mengemukakan sebarang alasan munasabah kepada mahkamah.

Malah waran tangkap tersebut turut dikeluarkan kepada penjamin Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan itu.

Klik gambar untuk size besar




Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani.

Pada 23 Jun lalu, Mardiana dan pasangannya, Shahrizam Abdullah, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut di mahkamah sama dan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500.

Menurut fakta kes, Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada 14 Disember 2014, pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika sabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 17 Disember 2014, Mardiana dalam kenyataan memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.



         ________________________




No comments: