25 August 2015

PELUK ISLAM - STACY BERI PENJELASAN HARI INI



Desas desus yang mendakwa penyanyi kelahiran Akademi Fantasia iaitu Stacy telah memeluk agama Islam akan terjawab petang ini. Ini kerana, satu sidang media akan diadakan oleh Stacy bagi menjelaskan perkara tersebut.

Ketua Bahagian Muzik & Bakat Astro, Prakash Swami Nathan, berkata, sidang media itu dijadual diadakan di ibu pejabat ASTRO, Bukit Jalil. Tambahnya, penyanyi lagu I'm Not For Sale itu sendiri yang meminta agar sidang media berkenaan diadakan hari ini.

Objektif sidang media tersebut diadakan adalah bagi membolehkan artis berkenaan memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang dia kini sudah pun memeluk agama Islam.

Gambar yang menjadi viral semalam - Klik untuk size besar




"Betul atau tidak cerita yang bertebaran di laman sosial itu, kita sama-sama tunggu jawapannya esok. Biarlah empunya diri yang memperjelaskan segala-galanya.

"Kami sebagai pihak pengurusan sekadar memenuhi permintaan Stacy untuk mengadakan sidang media mengejut," ujarnya lagi.

Untuk info, semalam sekeping gambar yang memaparkan Stacy bertudung hitam yang didakwa dirakam di Ibu Pejabat Agama Islam Johor telah tersebar luas. Selain penyanyi tersebut, turut hadir dikatakan ibu bapa Akim serta ibu penyanyi itu.

Bagi anda yang masih berteka teki, sama-sama lah kita nantikan penjelasan Stacy itu nanti.



         ________________________




No comments: