21 August 2015

LISA SURIHANI & YUSRY KRU INGIN BESARKAN ANAK TANPA KILAUAN GLAMOR



Tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU bakal menimang cahaya pertama mereka.

Semua sedia maklum bahawa hak eksklusif untuk siaran mengenai perkahwinan dan kelahiran bayi selebriti bukan lagi menjadi trend terbaru di dalam industri. Bagi pasangan Lisa dan Yusry, mereka punya pendapat tersendiri.

Klik gambar untuk size besar




"Tawaran untuk itu sememangnya ada. Jika saya menerimanya, saya sedia meletakkan syarat tetapi jika syarat tersebut tidak boleh dipenuhi, mungkin ianya tidak boleh menjadi kenyataan. Saya mahu membesarkan anak secara normal tanpa kilauan glamor dan bersederhana dalam segala segi," ujar yusry dipetik sebagai berkata.

Menurut Yusry, dia dan isteri merancang untuk tidak terlalu menonjolkan anak mereka di hadapan lensa kamera. Ini bukan sahaja untuk memastikan tumbesaran anak mereka tidak terlibat di dalam dunia glamor, tetapi juga untuk keselamatan.

"Saya tidak mengecilkan cara rakan-rakan artis yang lain dan berkongsi tentang anak di laman sosial bukanlah satu kesalahan tetapi masing-masing ada cara masing-masing. Jangan ada yang tersalah faham kerana semua orang mempunyai cara berbeza untuk membesarkan anak-anak.



"Dalam soal material pula, hidup saya dengan Lisa sebelum ini juga tidaklah terlalu mewah dan kami sangat ringkas. Jika ianya tidak perlu dan membazir, kami tidak perlu sediakan untuk anak kelak," jelasnya.

Mungkin setiap orang, ada cara tersendiri untuk membesarkan anak. Terserah kepada ibu bapa dalam mencorak kehidupan anak mereka. Kami tidak sabar untuk menantikan kelahiran bayi sulung pasangan ini.











         ________________________




No comments: