29 August 2015

NIKAH 6 SEPTEMBER INI - RAJA FARAH MASIH RAHSIAKAN IDENTITI BAKAL SUAMI



Raja Farah memaklumkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan kali keduanya pada pagi 6 September ini di sebuah masjid di Bukit Jelutong.

Walaubagaimanapun, Farah masih mahu merahsiakan identiti bakal suaminya itu dan hanya akan didedahkan pada majlis pernikahan itu nanti.

Hal itu disahkan sendiri Farah menerusi kad jemputan kahwin yang dilayangkan. Pasangan itu pada awal bulan ini sudah melangsungkan pertunangan.

Klik gambar untuk size besar




"Jemput datang ye," katanya ringkas.

Farah dan bakal suaminya itu berkenalan dua hari sebelum Ramadan lalu ketika pertemuan di sebuah restoran. Perkenalan yang bermula atas dasar profesional akhirnya membibitkan rasa cinta.

"Saya letakkan batas antara kami. Saya jual mahal dahulu. Saya wujudkan kesukaran untuk dia kenal saya kerana saya baharu saja berpisah dengan bekas suami. Tapi sikap tidak putus asa memang tak ada dalam hidupnya. Dia tetap berusaha lagi dan lagi untuk kenal saya.

"Tanpa diduga dia beranikan diri untuk menghubungi saya dan meluahkan hasrat untuk kenal saya lebih rapat lagi," ujarnya.

Untuk makluman, Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010 namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: