29 August 2015

TAKZIAH - 'P RAMLEE SINGAPURA', SHAFIIE HAMZAH KEMBALI KE RAHMATULLAH



Siapa yang tidak kenal dengan 'P Ramlee Singapura' yang mempunyai penampilan dan gaya rambut yang seiras dengan seniman Allahyarham Tan Sri P Ramlee, selama ini menghiburkan para penonton dengan gaya dan nyanyiannya yang serupa dengan legenda itu.

Pada Rabu lalu 'P Ramlee Singapura' atau nama sebenarnya Shafiie Hamzah, 43, telah menghembuskan nafas terakhirnya setelah menderita penyakit barah pundi kencing tahap lanjut.

Berita itu disahkan oleh Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) kepada BERITAMediaCorp lewat malam kelmarin.

Klik gambar untuk size besar




Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas solat Zohor, kelmarin.

Laman Facebook Allahyarham dan isterinya, Eza Belle, dibanjiri dengan ucapan takziah oleh para peminat selepas berita pemergiannya itu diketahui umum.

Allahyarham ada memuat naik beberapa gambar beliau membuat persembahan di Punggol North Hardcourt sempena menyambut Punggol North Community Concert 2015 Cum Arts Festival.



Pada 8 Mei lalu, Allahyarham memuat naik gambar surat daripada Pusat Barah Kebangsaan Singapura yang mengesahkan penyakitnya itu, sambil menulis beliau tidak lagi dibenarkan bekerja.

Surat bertarikh 28 Januari 2015 itu menyatakan penyakit barah yang dihidapinya itu tidak dapat disembuhkan dan beliau menjalani rawatan kemoterapi menerusi titisan intravena setiap minggu yang memberi kesan sampingan yang besar.

Pada 17 Julai lalu pula, Allahyarham menulis di Facebook bahawa beliau hampir dua minggu dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH).

"Sekarang ini lagi menunggu kedatangan isteri dan anak-anak serta ahli keluarga yang lain datang ke sini untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama dengan Abg Ramlee," tulisnya.











Sumber: BERITAMediaCorp/nd



         ________________________




No comments: