29 August 2015

HAYLA, NAMA PUTERI AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL



Jika pada laporan awal lalu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal hanya memberi maklumat anak kedua mereka lahir pada 18 Ogos lalu dengan seberat 2.84 kilogram... terkini menerusi IG Aeril, dia telah memberitahu nama anak perempuannya yang kini berusia 12 hari itu.

Nama yang diberi buat anak perempuan mereka ini ialah Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Klik gambar untuk size besar




"Dari sulbiku atas rahmat dan kasih sayang الله, Abiy dan Ummiy dikurniakan dititipkan hadiah terindah di dunia ini persis syurga yang disegerakan... dan semoga menjadi sangat berharga saat nun jauh di sana... yang Akhirat namanya... Kalianlah putra-putri kami dengan cinta kasih kami namakan... AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR (Lelaki), HAYLA MAGHFIRAHTUL ADZKIYAA (Perempuan)," tulis Aeril di laman IGnya.

Tapi buat masa ini, Aeril & Wawa masih belum mahu mendedahkan wajah puterinya itu.

Sebelum ini mereka telah dikurniakan anak sulung lelaki iaitu Ahmad Fakhruddin Attar.





         ________________________




No comments: