24 August 2015

NORA DANISH & NEDIM NAZRI SAH PUTUS



Akhirnya khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, dan Nedim Nazri yang sebelum ini menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Menurut Nora, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," ujar Nora dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Persoalan mengenai status perhubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik gambar bersama di laman Instagram masing-masing.

Malah Nedim juga tidak memuat naik gambar Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim.



Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu.

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," jelasnya.

Sementara itu, Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar.

Malah, Nora juga bakal muncul menerusi dua filem terbaharu iaitu Polis Evo dan Chowrasta tidak lama lagi.

"Selain promosi filem Polis Evo dan Chowrasta, saya akan menjalani penggambaran drama berepisod dengan pengarah Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi.

"Dalam pada itu, saya juga merancang beberapa perniagaan lain yang akan diberitahu kelak," katanya.

Untuk makluman, Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Sumber: mStar



         ________________________




No comments: