24 August 2015

"SAYA 'MENGHIBURKAN' ORANG?" - FARA MENDOZA



Kisah Fara Mendoza dengan Fizz Fairuz masih berlarutan sehingga sekarang apabila baru-baru ini, Fara membuat pendedahan yang Fizz pernah bertanya sama ada dirinya 'menghiburkan' orang. Apa maksud 'menghiburkan' itu kami sendiri tidak tahu.

Dengan imej seksi yang ditampilkan oleh Fara, pasti ramai jejaka di luar sana yang senang salah faham. Namun itu bukanlah alasan untuk kita bertanyakan sesuatu yang tidak masuk akal seperti itu.

"Pada 3 Ogos lalu saya menemani kawan baik saya, Emma Maembong ke lokasi penggambaran di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Fizz turut membintangi filem itu. Pulang dari set penggambaran, dia menghubungi saya menerusi aplikasi WeChat. Entah dari mana dia mendapatkan nombor telefon saya.

Klik gambar untuk size besar




"Saya tahu akaun bank itu palsu (selepas Fizz tunjukkan akaun banknya). Kononnya dia mahu belanja saya membeli-belah dan kemudian bertanya adakah saya 'menghiburkan' orang.

"Saya masih simpan semua isi kandungan perbualan kami. Saya tidak tahan apabila dia mula bercakap yang bukan-bukan. Saya bukan perempuan murahan dan perosak rumah tangga orang," ujar Fara dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, ada suara-suara yang menyatakan segala yang dilakukan oleh Fara ini adalah untuk menjadi popular agar nama dikenali ramai sekaligus mendapat lebih banyak tawaran berlakon, namun Fara menafikan semua itu.



"Itu amaran saya kepada Fizz dan ia bukan bertujuan mencari publisiti murahan seperti yang diperkatakan.

"Saya tidak 'menjual diri' untuk cari rezeki, malah saya bukan penganggu rumah tangga orang.

"Penjelasan ini diharap dapat membersihkan semula nama saya. Barangkali imej seksi saya mengundang prasangka kurang baik, namun hakikatnya saya tidak pernah mengganggu sesiapa.

"Kepada yang bercakap buruk mengenai saya, jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman. Jika apa saya lakukan itu untuk mencari publisiti murahan, sudah lama saya buat, kenapa baru sekarang?" jelasnya.

Agak menyedihkan apabila selepas segala apa yang berlaku dan selepas sindiran Almy Nadia terhadap Fara, masih tak banyak tawaran yang diterima olehnya. Hari yang dilalui tetap sama seperti sebelumnya.

"Kenapa dia (Almy Nadia) memuat naik empat gambar saya dalam Instagram miliknya berserta kata-kata 'pengarah ambil­lah pelakon baru ini berlakon'? Kalau betul saya mencari publisiti mesti saya dapat banyak tawaran selepas kejadian itu. Namun, sampai hari ini tidak apa pun yang luar biasa, hari-hari yang saya lalui masih sama.



         ________________________




No comments: