20 August 2015

SAH CERAI - FEZRUL KHAN KINI DUDA



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari!

Demikianlah halnya dengan pelakon Fezrul Khan, 35, yang mengesahkan bahawa dia dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak lagi bergelar suami isteri selepas mereka bercerai talak satu.

Menurut pelakon itu, lafaz cerai telah dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor semalam.

Klik gambar untuk size besar




"Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat," ujar Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi dipetik sebagai berkata

"Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia," tambahnya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai punca perceraian itu.

Untuk rekod, Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun bernama Farrel Khan.

Tinggal kenangan



Sumber: BH

         ________________________




No comments: