20 August 2015

NABILA HUDA NAFI DIRINYA KINI SUDAH BERLAGAK



Akhir-akhir ini, Nabila Huda Nabila atau mesra dipanggil Abil dikatakan begitu cerewet untuk merima tawaran berlakon dan sangat selektif dalam memilih watak serta skrip. Ekoran daripada itu, ada yang mendakwa Nabila semakin berlagak.

Ditanya mengenai perkara ini, Nabila mengakui bahawa kini dirinya sudah pun berada di dalam zon selesa dan dalam masa turut menyatakan dia kini lebih memilih dalam membawa sebarang watak di dalam drama, filem mahu pun teater sekaligus menafikan khabar angin kononnya dia kini sudah berlagak.

"Memang benar saya lebih selektif menerima job berlakon sekarang ini. Tetapi ini bukan bermakna yang saya semakin berlagak. Saya mula berlakon semenjak umur 16 tahun. Sekarang saya sudah 31 tahun, rasanya setelah 15 tahun menjadi pelakon, tiba masanya untuk saya menjadi lebih selektif.

Klik gambar untuk size besar




"Sebab itu apabila menerima tawaran skrip yang memerlukan saya melakonkan watak yang saya rasa tidak kena dengan jiwa saya dan dirasakan tidak serasi dengan diri saya, tawaran itu akan saya tolak. Tidak kira sama ada ia dalam bentuk drama TV, filem mahupun terater," ujar Nabila dipetik sebagai berkata.

Dia juga menjelaskan bahawa satu daripada sebab mengapa dia tidak lagi mahu mengambil tawaran berlakon sesuka hati seperti dahulu, ialah demi anaknya, Keisha.

"Sekarang Keisha dah bersekolah, maka masa untuk kami berdua tidak banyak macam dulu. Jadi saya akan pilih job yang seboleh-bolehnya memberi ruang untuk saya luangkan masa bersama Keisha.

"Saya masih ingat, semasa saya terlibat sebagai hos program Awak Kat Mana? yang memerlukan saya menjalani penggambaran di Eropah dalam jangka masa yang panjang tempoh hari, saya menangis kerana begitu merindui Keisha yang terpaksa saya tinggalkan di KL kerana dia bersekolah," jelasnya.





         ________________________




No comments: