20 August 2015

"SAYA AKUI KELUAR MAKAN DENGAN UMMI NAZEERA" - ZIZAN RAZAK



Baru-baru ini, menerusi ruangan gosip di sebuah akhbar hujung minggu lalu, Zizan Razak dikatakan keluar berdua bersama Ummi Nazeera disebuah kedai makan.

Zizan ketika ditanya mengenai perkara ini, dia mengakui yang dia ada bertemu dan keluar makan bersama dengan Ummi.

"Saya mengakui yang saya ada keluar makan bersama Ummi beberapa kali, tetapi kami tidak keluar berdua. Kami ditemani oleh pembantu peribadi masing-masing," ujar Zizan dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Tambah Zizan, dia mula mengenali Ummi semenjak mereka berdua membintangi sebuah telefilem yang bertajuk Angin Cinta dan dia juga mendedahkan yang pada awalnya, hubungan dia dan Ummi agak kekok.

"Selepas bekerja dengan Ummi, saya mula mengenalinya sebagai kawan. Dia seorang yang baik dan saya sangat menghormatinya sebagai seorang sahabat. Buat masa ini, hubungan kami tidak lebih dari itu. Saya selesa berkawan dengan Ummi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan baru sahaja membuka kedai serbaneka 24 jam yang diberi nama Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan. Zizan juga kini sedang sibuk mengacarakan konsert mingguan Akademi Fantasia 2015 bersama pengacara Faizal Tahir pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria.







         ________________________




No comments: