13 August 2015

SAYA MASIH HIDUP LAGI - HAZAMI



Baru-baru ini, ada berita di laman sosial yang memohon peminat dan pembaca membacakan Al-Fatihah kepada Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, yang baharu dilaporkan mengalami pendarahan usus minggu lalu ternyata boleh mengundang pelbagai spekulasi.

Tanpa membaca berita itu secara penuh, ada juga yang akan pantas menganggap penyanyi yang juga komposer itu sudah meninggal dunia.

Difahamkan, penyanyi lagu Sonata Musim Salju itu baharu sahaja keluar dari hospital ternyata agak terkejut dengan cerita sebegitu.

Klik gambar untuk size besar




Ironinya berita palsu mengenai kematian artis bagaikan aliran ketika ini apabila ia pantas disebarkan tanpa usul periksa sedangkan empunya badan masih hidup.

"Saya tak melihat ini sebagai aliran (trend) tetapi sebagai lawak yang merbahaya. Bagi sesiapa yang mengenali mungkin akan jatuh terduduk mendengar berita sebegitu. Peminat saya juga boleh mengamuk menerima berita palsu sebegini dan orang yang saya rapat jadi kelam kabut.

"Nampaknya masih ada blog atau penulis tak bertauliah yang sengaja mereka cipta berita sebegini termasuk meletakkan tajuk dan pengenalan yang boleh mengundang pelbagai persoalan. Bagi saya soal mati bukan benda yang boleh dibuat main. Alhamdulillah saya masih okey biarpun tidak sihat sepenuhnya. Saya keluar dari hospital Isnin lalu.



"Saya baharu sahaja bersembang dengan ibu saya mengenai apa nak makan dan menu apa untuk disediakan esok. Belum lagi pulih tapi sudah ada cerita sebegini. Memang saya geram juga dengan permainan media sosial macam ini. Tak baiklah buat begini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Jumaat lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita Hazami dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana kerana masalah pendarahan usus dan kini Hazami dinasihatkan berehat. Beliau kini berehat di rumah keluarganya di Gombak.

"Saya disyorkan doktor untuk berehat dan makan ubat. Darah saya memang keluar banyak ketika sakit itu datang. Saya diberi suplemen itu dan ini untuk menambah semula darah yang kurang.



"Setakat ini juga saya tak ada komplikasi lain. Saya juga tak ada jangkitan kuman atau virus. Inilah pertama kali seumur hidup saya dimasukkan hospital. Ini ujian dan dugaan buat saya di usia 40 tahun," jelasnya.

Dalam pada itu, Hazami turut menjelaskan yang dia kurus sebelum ini selepas hampir tiga tahun menghilang daripada dunia seni bukan kerana penyakit itu.

"Saya kurus sebab sebab masalah profesional dan bukannya berkait soal peribadi. Saya dapat tahu penyakit itu menyerang pun baru baru ini," katanya.

Hazami ketika ini juga sedang melunaskan bayaran kos perubatannya. Malah ada juga pertubuhan artis yang membantunya memberikan sumbangan untuk mengurangkan beban apa yang patut.

Kepada yang bermurah hati untuk membantu Hazami mengurangkan bebannya atau mahu berkomunikasi dengannya boleh menghantar mesej di halaman Fanpagenya di bawah nama Hazami.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: