13 August 2015

YUNA RAKAM LAGU BERSAMA PENYANYI R&B USHER



Penyanyi Malaysia yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai baru-baru ini menjalani rakaman lagu duet bersama penyanyi R&B negara itu, Usher.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh komposer terkemuka antarabangsa, David Foster dan turut berkata yang mereka kini dalam perancangan untuk menggilap artis wanita terbabit untuk menjadi seorang superstar.

"Saya rasa kerjasama ini akan membawa Yuna ke peringkat lebih tinggi dan kami dalam usaha untuk terus menggilap bakatnya menjadi seorang bintang," ujar Foster dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar




Sebelum ini, Foster pernah berkata bahawa Yuna masih belum mempunyai kemampuan untuk bergelar seorang artis antarabangsa dan perlu meningkatkan lagi bakat beliau nyata kritikan itu tidak mematahkan semangat penyanyi itu untuk terus mencipta namanya seperti sekarang.

Dalam perkembangan lain, Yuna dijadualkan mengadakan konsert keduanya di ibu kota pada 16 Oktober depan. Kali ini, beliau akan tampil dalam persembahan eksklusif di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Sumber: BH



         ________________________




No comments: