13 August 2015

DIANA DANIELLE SAH HAMIL ANAK KEDUA



Jika sebelum ini, ramai yang berteka-teki mengenai gambar Diana Danielle yang kelihatan seperti berbadan dua itu terjawab apabila suaminya, Farid Kamil mengesahkan bahawa isterinya itu memang sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Menurut Farid, usia kandungan Diana hampir memasuki lima bulan dan sepanjang tempoh kehamilan kedua, isterinya itu tidak mengalami sebarang alahan.

Klik gambar untuk size besar




Mengenai jantina anak pula, Farid berkata yang dia dan isteri telah membuat keputusan untuk tidak melakukan sebarang ujian imbasan untuk mengetahui jantina anak kedua mereka nanti.

Ini kerana Farid ingin perkara tersebut menjadi satu kejutan buat mereka berdua.

"Alhamdulillah, saya mendapat rezeki untuk kali kedua. Saya bersyukur kepada Allah kerana bagi saya merasai satu lagi peluang untuk memiliki cahaya mata. Alhamdulillah, kandungan isteri kini hampir memasuki lima bulan.



"Saya tidak tahu jantina kandungan kedua dan tidak mahu tahu kerana kami berdua sudah bersetuju untuk tidak melihat jantina lebih awal. Kami terima apa sahaja jantina dan harap semua berdoa agar ibu dan kandungan berada dalam keadaan sihat dan selamat, ujar Farid dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo, By The Lake. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad yang kini berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan!





         ________________________




No comments: