24 August 2015

TERKINI - STACY AF DAH PELUK AGAMA ISLAM?



Jika sebelum ini tersebar berita palsu yang mendakwa Stacy AF telah memeluk Islam, namun berita terbaru yang tersebar dikalangan media menyebut bahawa Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam telah selamat memeluk agama Islam.

Berita tersebut dipetik sumbernya melalui seorang peminat tegar penyanyi tersebut yang memaklum perkembangan terkini itu  di laman sosialnya.

Dakwanya, Stacy telah hadir ke jabatan agama Islam ditemani ibu dan kekasihnya Akim Ahmad.

Klik gambar untuk size besar




Apa yang menarik, Stacy dikhabarkan telah memilih nama 'Ummu Syaikhah Stacy Abdullah' sebagai nama Islamnya.

Harap-harap berita ini benar hendaknya kerana kami juga merasa gembira dengan perkembangan terbaru tersebut. Amin.





         ________________________




No comments: