27 September 2015

14 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN AKIM AHMAD & STACY



Semalam penyanyi Akim Ahmad dan kekasihnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam telah selamat mengikat tali pertunangan mereka.

Berita pertunangan Akim dan Stacy itu telah dikongsikan bersama oleh H!live.

Akim kelihatan begitu teruja dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagiaan dia dan tunangnya.

Klik gambar untuk size besar




"Syukur Alhamdulillah. Majlis pertunangan saya dan bakal isteri saya, Stacy selamat berlangsung tadi (26 September 2015).

"Terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kami. Doakan yang terbaik untuk kami pada masa akan datang," tulis Akim di akaun Instagram HLive.

Di dalam majlis tersebut, Stacy kelihatan anggun menggayakan busana berwarna rona merah jambu manakala Akim pula mengenakan baju Melayu berwarna hijau.

Majlis yang diadakan secara tertutup di Amber Hills, Taman Melawati Ampang itu telah dihadiri oleh kedua-dua ahli keluarga Akim dan Stacy serta rakan-rakan.





























         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...