23 September 2015

4 GAMBAR - NAMA PUTERI LISA SURIHANI & YUSRY KRU



Menerusi Instagram pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU, mereka berdua telah mengumumkan nama puteri sulung mereka.

Lisa dan Yusry telah sepakat menamakan puteri mereka dengan nama Yahaira Leanne yang membawa maksud 'wahai sebaik-baik kelembutan'.

Difahamkan, sehingga kini hanya dua keping gambar anak comel mereka dibenarkan keluar di laman sosial.

Klik gambar untuk size besar




"Salam semua, Alhamdulillah selesai sudah upacara tahneek bagi anakanda perempuan sulung kami yang diberi nama Yahaira Leanne Yusry. Yahaira Leanne membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan.

"Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zuhairee dan Ustaz Amru bersama isteri kerana sudi menjalankan upacara ini bersama kami sekeluarga," ujar pasangan ini.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Lisa dan Yusry atas kelahiran puteri mereka. Semoga Yahaira Leanne membesar dengan sihat sejahtera serta menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak. Sama-sama kita doakan.









         ________________________




No comments: