22 September 2015

"INSYA-ALLAH KALAU ADA REZEKI, PASTI ADA" - PUTERI SARAH



Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata, begitulah dengan situasi Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof yang ingin memiliki anak setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam temubual terbaru bersama media selepas pembukaan butik baru beliau di Bangsar, Sarah memberitahu yang kehidupannya semakin bahagia bersama pengarah terkenal, Syamsul.

Sebelum ini, ada khabar yang mengatakan pasangan ini mengalami masalah rumah tangga nyata hanya cakap-cakap mereka yang tidak tahu kisah sebenar kehidupan mereka. Selain itu, Sarah dan Syamsul juga sering ditebak dengan soal cahaya mata.

Klik gambar untuk size besar




"Bukan saya tidak mahu anak. Cuma sekarang kami pun sibuk dengan jadual kerja masing-masing tapi itu tidak membataskan perhubungan kami sebagai suami isteri.

"Pada masa yang sama, kami mencuba yang terbaik untuk bertukar status sebagai ibu dan bapa. Doakan sahaja yang terbaik buat kami. Insya-Allah kalau ada rezeki, pasti ada.

"Perniagaan ini secara rasminya telah dibuka kepada umum pada 15 September lalu. Setakat ini sudah ada 67 vendors (jenama) ditempatkan di sini dan masih terbuka untuk menerima lebih banyak jenama tempatan untuk diniagakan," ujarnya yang baru membuka sebuah gedung pakaian Muslimah yang diberi nama Shara Islamic Fashion World.















         ________________________




No comments: