04 September 2015

BAYARAN TIDAK SETIMPAL DENGAN KARIER - ALYAH LUAH RASA TERKILAN



Ada pihak yang seakan tidak menghargai bakatnya dan agak susah untuk mendapat bayaran yang setimpal dengan pengalaman serta pencapaian beliau dalam industri seni, malah beliau dibandingkan dengan artis luar telah membuatkan Alyah meluahkan rasa terkilannya menerusi akaun Instagram.

"Makin hari makin tak mengerti. Kenapa panggil saya klu bukan nama saya ALYAH. Bandingkan saya dengan artis luar memanglaa saya bukan sapa sapa pun. Nak bagi peluang untuk naikkan nama saya. Alhamdulillah terima kasih banyak syukur pada Allah swt.

Klik gambar untuk size besar




"Tapi sekurang kurangnya offer laa saya dgn sesuatu yg berpatutan dan nyata. Cuba lihat perjuangan saya, pencapaian saya, kesungguhan saya, komitmen saya. Memanglaa tak sebesar mana tapi untuk bertahan selama 15 tahun bukan sesuatu yang mudah ya.

"Saya tak minta bulan dan bintang tapi berilah sesuatu yang saya sendiri rasa saya dihargai juga berbaloi dengan apa yang saya usahakan. Kenapa klu artis luar semua mampu diadakan. Kenapa klu artis tanah air semua serba tak kena... sebab? Dalam fikiran kamu kami ini bukan sapa sapa," luah Alyah.





         ________________________




No comments: