04 September 2015

GARA-GARA MESEJ SEKS - A.AIDA PASANG 'BODYGUARD'



Penerbit dan pelakon A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, terpaksa menggajikan seorang 'bodyguard' selepas menerima mesej berbaur seks daripada individu yang tidak dikenali di laman sosial Facebook sejak beberapa tahun lalu.

Menurut A.Aida, gangguan tersebut belum sampai ke tahap serius sehingga mendedaknya untuk membuat laporan polis.

"Sudah beberapa tahun juga saya terima mesej gangguan seksual seperti gambar yang tidak sepatutnya menerusi ruangan mesej di laman sosial Facebook.

Klik gambar untuk size besar




"Ada suatu masa individu itu menghantar gambar dan mesej hampir setiap hari. Saya bimbang juga, namun setakat ini saya belum buat sebarang laporan polis kerana belum benar-benar mengancam keselamatan saya," ujar A.Aida ketika ditemui Media di pelancaran drama Si Montel terbitan syarikatnya di Menara Kuala Lumpur.

Sehubungan itu A.Aida berkata, dia terpaksa mengupah pengawal keselamatan untuk menemaninya di acara-acara tertentu kerana bimbang akan keselamatan diri.

"Sejak itu juga saya ambil khidmat pengawal peribadi untuk menjaga saya ketika berada di luar. Sekurang-kurangnya bila ada pengawal peribadi saya tidak risau tentang keselamatan selain dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," jelasnya.



Sementara itu, ketika ditanya adakah dia kini sudah bertaraf jutawan kerana drama-drama terbitan syarikatnya A. Aida Production berjaya mendapat slot di semua stesen televisyen A.Aida berkata, dia selesa dengan kehidupan yang dilaluinya ketika ini.

Jelas A.Aida, sama ada bertaraf jutawan atau tidak, dia bersyukur apa yang diusahakan dengan titik peluhnya selama ini membuahkan hasil.

"Saya hanya boleh bersyukur dengan rezeki yang Allah beri, saya boleh cakap saya lalui sebuah lehidupan yang agak selesa dan apa yang saya impikan dahulu sudah tercapai," katanya.

Mengenai drama terbaharunya berjudul Si Montel, A. Aida berkata, ia merupakan sebuah drama yang unik kerana mengetengahkan pelakon berbadan besar sebagai watak utama.

Tambahnya, drama ringan tersebut mempunyai mesej positif yang mampu memberi pengajaran terhadap masyarakat yang sering memandang rendah terhadap golongan itu.

"Drama ini bergenre komedi, namun ia juga memberi mesej positif kepada masyarakat. Selain itu saya juga mahu beri peluang kepada pelakon berbadan besar untuk watak utama," tambahnya.

Drama 13 episod ini dibintangi pelakon Dottie, Azrel Ismail, Adibah Yunus, Ezzaty Abdullah, Janna Nick, Ruhainies dan Keena Mentor.

Ia bakal ditayangkan setiap Jumaat bermula 11 September ini, di saluran 116 HyppTV, pukul 9 malam.



Sumber: mStar



         ________________________




No comments: