04 September 2015

BERITA SAYA SELAMAT BERSALIN ITU PALSU - LISA SURIHANI



Baru-baru ini ada satu khabar angin yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab yang mendakwa Lisa Surihani kini sudah selamat bersalin, lengkap dengan gambar bayi pasangan itu lagi katanya.

Terkini, menerusi kemaskini terbaru di Instagram, Lisa tampil menjelaskan mengenai khabar angin tersebut.

"Harap maklum, berita yang cuba disebarkan ini tidak sahih, tidak tepat dan tidak benar. Walaupun headline ditulis dengan soalan, ia cukup sebagai satu taktik blogger supaya orang click untuk mereka capai hits yang diingini.

Klik gambar untuk size besar




"Baik saya ataupun Yusry belum lagi umumkan apa2, saya masih belum bersalin buat masa ini. Terima kasih ke atas sokongan anda semua, cuma ada beberapa saudara dan rakan yang terpedaya, saya cuma nak terangkan perkara sebenar”

"Doakan supaya semua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar ya?" tulis Lisa yang tampil menjelaskan perkara sebenar.

Tidak manis sebenarnya untuk sebarkan perkara sebegini ini kerana ianya akan kelirukan rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat yang sememangnya menantikan berita baik dari pasangan ini. Kita doakan yang baik baik sahaja ya.





         ________________________




No comments: