15 September 2015

DIHERDIK EDRY KRU - CHE TA ENGGAN JADI JURI TETAP AF2015



Baru-baru ini, ada khabar yang mengatakan Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta menarik diri dari menjadi juri tetap AF2015.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh Che Ta apabila beliau mengakui dan mengesahkan bahawa dia enggan untuk meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan.

Difahamkan, tindakan menarik diri sebagai juri itu sebenarnya dibuat setelah beliau diherdik oleh Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF baru-baru ini.

Klik gambar untuk size besar




Malah menurut Che Ta, dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.

"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.



Sementara itu, menurut Edry pula, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina. Apa pun, semoga AF kali ini mampu mendapat sambutan hangat lagi.

"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.

"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," jelas Edry.



         ________________________




No comments: