15 September 2015

LINDA RAFAR & SYED AIMAN MASIH TINGGAL SEBUMBUNG



Masalah rumah tangga Linda Rafar ini agak rumit dan penuh dengan persoalan. Meskipun Linda sudah hadir ke mahkamah bagi mengesahkan lafaz cerai yang dilakukan pada minggu lepas, nampaknya Syed Aiman masih bertegas ianya tidak pernah berlaku dan mereka masih lagi tinggal sebumbung. Menurut Syed Aiman, mereka masih lagi pasangan suami isteri yang sah.

"Bagi saya tak ada apa-apa pun yang berlaku antara kami. Memang kami ada bergaduh kecil tapi tak sampai saya lafazkan cerai kepadanya. Memang banyak kenyataan yang keluar daripadanya tidak wujud dan terjadi.

"Saya pun sudah menafikannya dalam program Melodi TV3 semalam. Tapi biasalah dia sedang mengandung dan pastinya emosi turun naik. Orang 'emo' (emosi) cakap macam inilah.

Klik gambar untuk size besar




"Perkara ini kecil sahaja. Tapi sudah jadi besar dan kecoh satu dunia. Dengan kemudahan teknologi sekarang, kita bebas berbuat apa tanpa berfikir panjang. Hanya dengan memuat naik gambar di laman Instagram dan kemudian dia 'dicucuk' dan ditanya peminat, maka terjadilah benda yang tak sepatutnya terjadi.

"Saya tekankan memang tak berlaku perceraian antara kami. Jadi tak ada sebab untuk saya ke mahkamah. Cuma apabila terjadi perkara sebegini, dia yang 'panas', saya kena jadi yang 'sejuk'.

"Malah selepas membuat kenyataan di Melodi saya ada bercakap dengannya. Sebagai suami saya nasihat dia dan dia kena fikir panjang," ujar Syed dipetik sebagai berkata

Untuk rekod, Linda dan Syed berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq. Sebelum Syed Aiman, Linda pernah berkahwin dan dikurniakan dua anak iaitu Rezaril Keflin dan Memen atau nama penuhnya, Rezaimen Keiflin. Memen meninggal dunia pada usia 11 tahun pada 5 Julai tahun lalu disebabkan barah perut atau 'Burkitt Lymphoma'.





         ________________________




No comments: